Cinta Bahasa Tanpa Nasionalisme

Rindu ini bukan rindu yang sedih, tapi rindu yang cantik.

Kebelakangan ini, seluruh masyarakat Malaysia sedang giat membincangkan isu pendidikan dan bahasa kebangsaan, di mana Bahasa Malaysia sentiasa dianggap sebagai keutamaan.

Sejujurnya, Bahasa Malaysia saya tidak begitu hebat, tapi cukup untuk saya bertutur, memahami, membaca, menulis dalam kehidupan sehari-harian di Malaysia. Walaupun ia tidak boleh dikatakan mahir, tetapi layak dan kadang bangga.

Namun berbangga bukannya kerana saya seorang patriot, tidak pernah, dan tidak akan. Nasionalis bukanlah watak yang kita mesti jadi, ia hanya pilihan peribadi. Apa yang perlu dicintai oleh manusia seharusnya lahir daripada nilai yang bermaruah dan jiwa yang bebas.

Setiap budaya dan bahasa mempunyai keindahan serta cita rasanya yang tersendiri.Tidak semua orang mampu menjadi pakar dalam bahasa. Namun, sekiranya kita boleh menyelidik cara untuk meningkatkan daya tarikan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat, bukankah itu sesuatu yang lebih baik?

Wayang-wayang, filem, lagu-lagu, itu semuanya daya pergerakan atau punca-punca saya masih berminat terhadap bahasa Malaysia.

Setakat kini, saya telah tinggal di Taiwan hampir setengah tahun. Bahasa Malaysia bukanlah syarat-syarat wajib untuk saya meneruskan kehidupan di sini. Namun begitu, saya tetap memilih untuk terus belajar dan mengekalkan kemampuan Bahasa Malaysia saya.

Kadang-kadang saya menulis, bukanlah untuk punca praktikal, hanya kerana suka hati dan kerinduan — rindu terhadap sesuatu yang tidak lagi wujud di tempat saya berada sekarang.


Discover more from Lim Nam Dong - 林南冬 - Lâm Nam Đông

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

error: Content is protected !!